Brek Piring (Disk Brake)
Pengenalan
Biasanya digunakan ke atas roda hadapan pada kebanyakan
kereta dan ke empat-empat roda bagi sesetengah kereta. Satu disk dipasang ke
hab roda dan berputar sekali dengan tayar dan roda. Apabila pemandu mengenakan
brek, tekanan hidraul daripada silinder induk digunakan untuk menolak lapik
geseran ( pad ) melawan gerakan rotor kemudian memberhentikannya.
Komponen Utama Brek
Komponen utama dalam pembentukan system brake itu mestilah
mempunyai Brek Caliper , Master Silinder, Brek Disk atau Rotor, sistem piping
atau hose dan juga pedal.
Lokasi
Brek disk kebanyakkannya digunakan pada roda hadapan dan ada
juga digunakan pada keempat-empat roda.
Cara berfungsi
Apabila pedal ditekan Master Pump menghasilkan tekanan
minyak ke Kaliper. Minyak menekan piston di Kaliper dan terus menekan Pad Brek. Pad Brek yang ditekan mengapit Disk sebagai Brek. Apabila Pedal
dilepaskan tekanan pada Piston hilang dan Rubber Seal menarik balik Piston ke
belakang sedikit di bantu oleh cetrifugal force dan merenggangkan sedikit dari
permukaan Disk.
Jenis-jenis
Jenis-jenis
Angkup tetap biasanya terdiri daripada 2 atau 4 piston yang dipasang secara bertentangan antara satu sama lain. Apabila pedal brek ditekan piston yang dipasang bertentangan tersebut akan menolak pad supaya mengepit disk.
Angkup apungan pula biasanya mempunyai satu piston sahaja. Saiz pistonnya agak besar jika dibandingkan dengan piston angkup tetap. Apabila pedal ditekan piston akan menolak pad ke disk. Ini akan menyebabkan angkup mengelansar pada arah berlawanan dengan piston. Pergerakan angkup akan menyebabkan pad yang sebelah lagi turut sama bergesel dengan disk. Brek jenis ini biasanya mempunyai larasan automatik. Piston akan sentiasa berubah kedudukan bergantung kepada kehausan pad . Sesendal (seal) akan dipasang di dalam silinder supaya dapat mewujudkan kelegaan larian antara pad dan disk.
Pad brek
pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan bergerak. pad brek biasanya diperbuat daripada campuran asbestos, logam lembut dan damar.
Pad brek
pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan bergerak. pad brek biasanya diperbuat daripada campuran asbestos, logam lembut dan damar.
Kebaikan dan keburukan
Kebaikan
- Tiada peralasan perlu dibuat keatas pemasanagan brek disk
- Masalah ‘brake fade’ dapat dikurangkan
- Senang untuk membuat pemeriksaan
- Habuk dan cecair dapat dicegah masuk ke dalam Selinder oleh Rubber Seal.
- Senang disejukkan oleh udara.
- Air mudah diputar keluar
- Tiada pelarasan
Keburukan
- Berkehendakan tekanan yang tinggi jika system servo unit rosak
- Pad mudah haus kerana berlaku sedikit geseran semasa tidak bekerja
- Harga mahal